"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata mata,
ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak
kurang juga pada keturunan, tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan
yang buta mata hat...inya...
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan
keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka
diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka;
walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah
kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.
Kerana itulah...
Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...
Sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya...
Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..dan
pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan
menyerah diri hanya kepada-Nya...
Firman Allah dalam surah an-Nisa': 24
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun
wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam
syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam
wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya
hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan
wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita
memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai
dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan
wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah, Mardhatillah.
Rasulullah s.a.w telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan
menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud...
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari
tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba
untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya
ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu."
Al-Bukhary dan Muslim
Nilai wanita bukan terletak pada
pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan
kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan
keterbatasan dalam pergaulan. Wanita solehah itu adalah wanita yg tegar
menjaga maruahnya,serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut
hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya,
jalannya,tulisannya hatta namanya sekalipun, wajahnya bukan aurat,tapi
ada kalanya ia menjadi aurat. Dalam mazhab syafie ada
khilafnya..berdasarkan ayat dalam surah an-Nur,30.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya,kecuali apa yang telah zahir daripadanya.
Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka
dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia
tetap menjadi aurat, wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan
lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu
mengenakan purdah pada wajahnya, mungkin berat bagi wanita bergelar
remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu
menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah
mereka sebagai paparan umum seperti facebook dan lain-lain.
Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Wanita yang
memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan
ajnabi, kerna memahami perintah Allah s.w.t padanya dalam surah al-Ahzab
ayat: 33."
Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya".
Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi, pergaulan
yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi
Syuib. Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan,
mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian.
Nabi Musa a.s telah mengambil alih tugas mereka memberi minum kepada
binatang ternak mereka, apabila selesai memberi minum haiwan ternakan
tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa
a.s dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput
Nabi Musa a.s ke rumahnya.(surah al-Qasas: 23-25)
Daripada
peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang
tidak memdedahkan dirinya pada pandangan umum. Apabila ia berurusan dgn
lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.
Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan
khalwat(berdua-duaan). Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta
terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga perzinaan. Berbual-bual di
telefon atau s.m.s antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang
juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua -
duaan..fikirkanlah.
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela
berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang
wanita".Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di
belakangnya, kerna ia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada
keadaan tersebut. Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan
jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?. Maka, labuhkanlah
tudung mu sehingga menutup juyub(tulung rusuk paling bawah) dan menutup
punggung.
Ketahuilah bahwa pada pagi hari perintah berjilbab
diwahyukan kepada Rasulullah saw,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu
tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab,
seseorang telah menegurnya,"mengapa engkau tidak berjilbab, adakah
engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?". Lalu wanita tersebut
berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, beliau
berkata, "aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan
melanggari perintah Allah swt". Diriwayatkan juga ketika peristiwa
Fathul makkah, Hindun datang berjumpa Rasulullah untuk memeluk Islam
dalam keadaan berjilbab. Beliau telah siap menunaikan perintah Allah
walaupun belum memeluk Islam.
Hari ini apa yang terjadi pada wanita Islam, bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya...
Wanita solehah juga tidak berpergian (keluar rumah) melainkan urusan
yang mustahak.Keluarnya wanita dari rumah hendaklah ditemani muhrimnya.
Para sahabiyah r.a tidak keluar dari rumah mereka sehinggakan mereka
tidak hafal jalan -jalan di kampung mereka. Apa yang mereka hafal
hanyalah jalan-jalan menuju syurga Allah. Oleh itu, mereka telah
menghantar suami dan anak anak mereka ke syurga melalui jalan pintas,
dengan berjihad dan syahid di jalan Allah... Keluarnya wanita dari rumah
menyebabkan terbinalah papan-papan iklan maksiat. Ini sangat
menguntungkan musuh Islam. Wanita kita hari ini melariskan produk
keluaran mereka dengan mendedahkan maruah mereka pada pandangan umum.
Aku bangga apabila ditanya pada seorang muslimah, "dimana tempat
membeli belah paling besar di kota ini?". sedang ia menjawab, "saya
tidak tahu". Seorang wanita solehah juga tidak bertabarruj (berhias diri
yang berlebihan).
firman Allah swt:
"Janganlah kamu berhias diri sepertimana berhias diri perempuan jahiliyah".(surah al-Ahzab_33)
ya,memang benar...Islam itu mudah, tapi kemuliaan Islam itu selalu
mengiringi mereka yang tidak mengambil mudah terhadap Islam, dalam satu
hadith dalam kitab hadith 40, Rasulullah s.a.w bersabda,
"Kebaikan itu adalah akhlak yang baik, dan dosa itu adalah apa yang
bergetar di hati kamu, dan kamu takut perbuatan itu dilihat orang
Wanita solehah itu adalah wanita yang menjaga pandangannya, kerna ia
adalah perintah dari Allah (an-Nur,30-31), ia tidak akan mengizinkan
dirinya untuk memandang atau dipandang lelaki ajnabi pandangannya
sentiasa tertunduk ke bumi,lantaran sifat malu kepada tuhannya untuk
berbuat kemungkaran atau mencetuskan kemungkaran. Tundukkanlah
pandanganmu, ibarat mencari sesuatu yang hilang. Ketahuilah, kelak di
dalam kubur manusia yang tidak menjaga pandangannya akan diajar oleh
syuja'ul aqro, sekali ia menghembuskan bisanya ke bumi, maka sehelai
rumput pun tidak akan tumbuh, dan di hari kiamat, dia akan dibangkitkan
dalam keadaan buta.
Wanita solehah itu adalah wanita yang
selalu menjaga pendengarannya daripada sesuatu yang melalaikan,umpatan
dan cacian, wanita yang menjaga pendengarannya di dunia, maka di syurga
kelak dia akan dapat mendengar suara Nabi Daud a.s membaca kitab Zabur,
di mana sungai pun akan berhenti mengalir kerna kemerduan suaranya.
Dia akan dapat mendengar Rasulullah saw membacakan surah Yasin dan Toha.
Dan di hari puncak segala kebahagiaan untuk penghuni syurga, iaitu di
kala melihat wajah Allah swt,Allah swt akan membacakan untuknya surah
arRahman...MasyaAllah...
Di kutip dari Facebook.com/upit nabila.
01 : 01 - 28 Maret 2012
Tidak ada komentar:
Posting Komentar